Restoran terbesar McDonald di dunia akan dibuka selama enam minggu semasa Sukan Olimpik London 2012 berlangsung dengan lebih daripada 50 000 Big Mac burger dan 180 000 kentang goreng akan dihidangkan dari outlet di Stratford, timur London.Cawangan sementara yang besar ini akan mempunyai tempat duduk untuk 1,500 pelanggan dengan lebih daripada 2,000 orang kakitangan.
Atlet terbaik dunia akan bersaing di Sukan Olimpik dan Paralymics dari 27 Julai hingga 9 September dan dianggarkan tiga juta orang akan mengunjungi cawangan McDonald dua tingkat seluas 3,000 meter persegi ini atau bersamaan dengan separuh daripada panjang padang bola sepak Amerika yang dibina daripada bahan-bahan kitar semula.
12,000 orang yang telah memohon untuk bekerja di cawangan ini telah diuji dengan cara x-factor dan diadili berdasarkan cara mereka menghidangkan ais krim, menyediakan burger dan menggoreng kentang goreng.McDonald yang merupakan sponsor Olimpik tahun ini pertama kali menjadi sponsor sukan Olimpik pada 1976 walaupun lebih awal pernah terlibat dalam penyediaan makanan para atlit pertandingan sukan itu.
Usain Bolt, atlet yang menggemari nugget ayam McD
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment