Reed Sandridge yang tinggal di Washington, kehilangan kerja dan tidak lama selepas itu memulakan aktivitinya memberi $10 setiap hari pada insan yang dilihat dalam keadaan memerlukan.Aktiviti sosial itu dilakukannya tiga tahun selepas kematian ibunya.Ibunya merupakan seorang anak pelombong arang batu yang berbudi bahasa dan ibunya selalu memberitahunya bahawa jika kita berada dalam kesusahan, mungkin itu masa terbaik untuk kita "memulangkannya".Usaha "Year of Giving" nya selama setahun itu dicatat di dalam buku nota hitam kecilnya tentang insan-insan yang dia bantu yang kemudian dikongsi melalui blognya.Di hari ke 94, hampir $1000 telah dia berikan pada setiap insan yang berlainan.Beliau turut mengajak pengunjung blognya untuk turut sama memberi pada yang memerlukan!
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment