-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Sunday, April 1, 2012

sepasang kembar perempuan tukar jantina sama-sama


Sepasang kembar perempuan di China berusia 25 tahun telah menjalani dua daripada tiga pembedahan untuk menukar jantina mereka menjadi lelaki di sebuah hospital tentera di Shanghai.Adik-beradik itu yang berasal dari wilayah Yunnan di barat daya Chinasentiasa mahu menjadi lelaki.Mereka bercakap dan berpakaian seperti lelaki dan telah berikrar untuk tidak berkahwin jika masih dalam keadaan menyerupai wanita.

Zhao Yede pakar bedah mereka berkata: "pembedahan kedua-dua kembar itu berjaya".Seorang daripada mereka telah pulang dan seorang masih lagi dirawat di hospital.Beberapa siri ujian psikologi dan perubatan telah dilakukan ke atas mereka sebelum pembedahan menukar jantina mereka dijalankan.Di bawah undang-undang Chinamereka akan kekal sebagai wanita sehingga mereka menyelesaikan semua prosedur pembedahan itu dan kemudian memohon perubahan ke atas status mereka pada kad pengenalan!

Entri lain yang menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain