-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Thursday, April 5, 2012

wanita lahir dan bunuh bayi di Cyber Cafe akibat kaki game


Seorang wanita Korea Selatan telah ditahan kerana membunuh bayi yang dilahirkannya ketika dia bermain permainan dalam talian.Wanita 26 tahun itu melahirkan di cyber cafe pada 25 Mac baru-baru ini.Dia didakwa meletakkan bayinya ke dalam beg plastikdan membuang beg plastik itu di tempat letak kereta berhampiran.Wanita kaki game itu didapati hampir setiap hari mengunjungi cyber cafe yang terletak di Seoul itu.


"Dia asyik bermain permainan online sehingga sebelum dia melahirkan di tandas cyber cafe," kata jurucakap polis di daerah Songpa di bandar ini kepada AFP.Ketagihan bermain game online di Korea Selatan amat membimbangkan apalagi negara itu memiliki sistem internet yang laju di dunia.Ini bukan kes pertama membabitkan game dan kematian di Korea Selatan.Pada 2010, seorang ibu membunuh anak lelakinya yang berusia tiga tahun selepas penat bermain game.Pada tahun yang sama juga, seorang budak lelaki berusia 15 tahun membunuh diri selepas membunuh ibunya yang memarahinya akibat terlalu lama bermain game.Kes yang lain di mana seorang lelaki 41 tahun dan isterinya dihukum dua tahun penjara kerana meninggalkan bayi perempuan tiga bulan mereka berseorangan di rumah dan mati akibat kelaparan juga kerana ketagihan game!
nst

Entri lain yang menarik


0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain