-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Friday, May 11, 2012

13 haiwan peliharaan termahal di dunia


13. Hyacinth Macaw – $14,000
- Burung ini berasal dari Amerika Selatan, baka terbesar haiwan ini merupakan jenis burung yang paling diidamkan sebagai haiwan peliharaan.

12. Leucistic Ball Python – $15,000
Leucistic Ball Python adalah reptilia jarang ditemui yang hanya boleh dibiakkan dalam iklim yang tertentu. Dengan kulit putih licin, dan mata hitam legam bercampur dengan sedikit merah, ular ini agak menyeramkan. Pada awal kemunculannya, ia dijual pada harga kira-kira $ 15,000, tetapi anda kini boleh mendapatkannya sekarang pasa harga $ 2.500.

Entri lain yang menarik


11. Palm Cockatoo – $16,000
- Juga dinamakan Goliath Cockatoo dan berasal dari New Guinea dan utara Queensland, Australia. Dimiliki oleh selebriti seperti Natalie CoppDavid Roberts dan Mike Tyson.

10. Blue Mutation Amazon – $20,000
- Ramai yang menyangka burung kakak tua jenis ini sudah pupus namun seorang lelaki bernama Howard Voren berjaya mendapatkan sepasang burung ini dan berjaya membiakkannya. 

9. Lavender Albino Ball Python – $40,000
Pada tahun 2003, dua penternak ular mendengar khabar angin ular sawa albino wujud di Afrika. Selepas rundingan, ular itu dibeli pada harga $ 40,000 walaupun python itu dalam keadaan yang tidak sihat. Tetapi selepas tempoh pemulihan dan ular itu sembuh, ia diternak dan anak-anak ular itu dijual lebih kurang harga $20 000.

8. Bengal Cat – $42,000
Kebanyakan kucing Bengal biasanya dijual dalam harga $ 800 - $1500, namun jualan yang luar biasa telah berlaku di London, England pada tahun 1998. Seekor kucing generasi kedua telah dijual pada harga $ 42 000 pada seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

7. Chimpanzee – $55,000
- Bayi chimpanzee ini memang comel namun bila ia sudah dewasa, chimpanzee boleh menjangkau 150-250 lbs dan 10x lebih kuat daripada purata lelakiWalaupun banyak insiden buruk yang telah berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ramai orang masih gemar membeli bayi chimpanzee yang berharga kira-kira $ 50,000 - $ 75,000.

6. Stag Beetle – $89,000
Purata ukuran Stag Beetle ialah kira-kira 2-3 inci panjang. Seorang pembiak baka Jepun kumbang ini telah dibayar $ 89 000 tunai di tempat rundingan oleh pembeli itu untuk memiliki seekor kumbang jenis ini yang berukuran lebih daripada 3 inci kerana ia jarang ditemui.

5. White Lion Cub – $138,000
- Haiwan comel ini jadi putih kerana kerusakan genetik namun ia dianggap cantik dan makhluk jarang ditemui yang harus dimiliki.


4. Sir Lancelot Encore – $155,000
Selepas Edgar dan Nina Otto kehilangan Lancelot, anjing kesayangan mereka kerana kanser pada tahun 2008, pasangan ini mengalu-alukan pula Lancelot Encore setahun kemudian. Lancelot Encore dibuat daripada DNA yang sama dengan anjing yang telah mati itu selepas pasangan Otto memenangi pengklonan anjing di Bio-Arts auction yang diadakan di San Francisco dengan tag harga yang memberangsangkan sebanyak $155 000.


3. Tibetan Mastiff – $582,000
- Yangtze River Number Two ialah nama anjing yang paling mahal pernah dijual dalam rekod.Anjing ini telah dibeli oleh seorang jutawan muda yang dikenali sebagai "Mrs. Wang ".


2. Missy – $1,200,000
- Missy ialah seekor Holsten Cow berumur yang memenangi Grand Champion of the 2009 Western Fall National Show. Missy dijual pada harga $ 1.2 juta di Ontario, Kanada pada 11 November, 2009.



1. Green Monkey – $16,000,000
Green Monkey telah dibeli sebagai kuda lumba berusia dua tahun di Calder Race Course oleh Demi O’Byrne.Walaupun begitu, kuda ini tidak pernah memenangi sebarang perlumbaan dan kini telah bersara dari trek perlumbaan.


4 comments:

green monkey 1600 ribu usd? kalau salleh yaakob,boleh buat hantaran untuk bini yang ke 5 dan 6..kihkih..

zack..bukan ribu tu tp juta hiihihii

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain