-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Thursday, June 7, 2012

Mayat Budak 2 tahun hidup semula minta air daripada bapanya




Kelvin Santos berhenti bernafas semasa menjalani rawatan radang paru-paru di sebuah hospital di Belem, utara Brazil. Dia telah diisytiharkan mati pada 07:40 malam pada hari Jumaat lalu dan mayatnya telah diserahkan kepada keluarganya di dalam beg plastik. Keluarga kanak-kanak itu kemudian membawa mayatnya pulang ke rumah di mana saudara-mara berkabung sepanjang malam, dengan tubuh budak itu diletakkan di dalam keranda terbuka. Namun, kanak-kanak 2 tahun itu hidup semula dengan duduk di dalam keranda dan meminta air daripada bapanya sejam sebelum dikebumikan. Pada awalnya seluruh ahli keluarga terkejut dan menjerit serta menyangka keajaiban berlaku membawa budak itu ke pangkuan keluarganya semula, namun itu tidak kekal lama kerana selepas itu, kanak-kanak itu "meninggal dunia" semula.


Bapa kanak-kanak itu, Antonio Santos bergegas membawa anaknya ke hospital semula namun doktor mengesahkan anaknya benar-benar sudah tiada. Keluarga budak itu memutuskan untuk melambatkan pengebumian selama sejam dengan harapan dia akan bangun sekali lagi, tetapi akhirnya upacara pengebumian diteruskan pada pukul 5 petang hari itu di tanah perkuburan tempatan. Yakin bahawa anaknya adalah mangsa penyelewengan perubatan, Encik Santos telah membuat laporan polis dan kini ia dalam penyiasatan.



''Lima belas minit selepas bergegas membawanya untuk bantuan pernafasan, mereka datang dan memberitahu saya dia telah mati dan menyerahkan saya tubuhnya. Mungkin mereka tidak memeriksanya dengan betul. Orang mati tidak bangun dan bercakap. Saya berazam untuk mencari kebenaran''.


Jabatan negeri tempatan hari ini mengesahkan budak itu telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan telah diisytiharkan mati selepas mengalami kegagalan jantung (pernafasan).


Entri lain yang menarik

2 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain