Usianya mungkin baru 36 tahun tetapi Trent Arsenault sudah menjadi ayah kepada 16 anak - peliknya dia masih teruna. Malah, pakar komputer ini juga tidak pernah mencium seorang wanita. Tetapi hakikat itu tidak menghalangnya menjadi salah satu daripada penderma sperma yang paling prolifik di dunia.
Dia telah menghabiskan bertahun-tahun "menjalani latihan" untuk meningkatkan jumlah sperma ke tahap yang menakjubkan dan kisah hidupnya akan dibukukan dan juga akan dikeluarkan dalam bentuk filem. Dalam temu bual eksklusif dengan The Sun, Trent mendedahkan: "Saya menjaga diri saya sebaiknya untuk memastikan saya tetap subur dan saya ingin menderma sperma sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Saya telah membuat komitmen dengan lebih daripada 100 keluarga pada ketika ini".
Baca yang ini pula: penderma sperma yang meniduri isteri orang dengan persetujuan suami.
Ramai keluarga yang telah lelaki ini bantu untuk mendapatkan anak malah ada yang meminta untuk mendapatkan adik pada anak itu.Dia pernah memikirkan untuk berkahwin dan mempunyai anak dengan isteri tetapi dengan kehidupannya sebagai penderma menyekat niatnya itu hingga dia memutuskan untuk tidak berkahwin langsung."Saya masih enggan melakukan hubungan seks kerana saya tidak mahu risiko dijangkiti penyakit kelamin, kerana penyakit kelamin akan menamatkan status saya sebagai penderma sperma".
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment