Seorang bayi berusia 2 tahun 10 bulan ditemui mati kelaparan kerana si ayah lebih mementingkan kucing peliharaannya. Bayi itu didapati kelaparan dan memungut serta memakan apa saja benda yang ditemuinya seperti sampah, plastik, cebisan lampin pakai buang malah najis kucing turut ditemui di dalam perut bayi itu.
Bapa itu menafikan tuduhan ke atasnya dan membuat kenyataan berikut: "Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, cuma kucing itu sangat penting buat saya berbanding anak saya." Perkhidmatan sosial Jepun mula mensyaki ada yang tidak kena ketika bayi itu berusia 6-7 bulan apabila bayi itu hanya mempunyai berat sekitar 13.7 pound. Perkhidmatan sosial pernah pergi ke rumah lelaki ini untuk memeriksa bayi itu sebanyak lima kali, tetapi tidak berhasil kerana bapa bayi itu tidak pernah memberikan mereka kebenaran.
Apabila bayi lelaki itu meninggal dunia, hasil timbangannya menunjukkan 12.8 pound. Purata berat normal bagi bayi 2 tahun 10 bulan adalah 29.7 pound. Dalam kes ini, ibu bayi yang telah melaporkan kes itu ke polis dengan mengatakan anaknya tidak bernafas. Polis kemudian bergegas membawa bayi itu ke hospital tetapi dia mati pada malam itu. Pegawai sedang menyiasat kes itu selepas pihak hospital memberitahu polis bahawa mereka mengesyaki ibu bapa kepada bayi itu telah mengabaikan anaknya.
Entri lain yang mungkin anda suka:
0 comments:
Post a Comment