-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Sunday, July 22, 2012

Bercerai kerana memakai sarung ketika bersama


Encik Pradeep Bapat memfailkan perceraian selepas isteri nya, Prerna enggan mengandung dan memberikan dia anak serta hubungan seks mereka harus berlangsung dengan menggunakan kondom. En. Bapat dan Prerna berkahwin pada Februari 2007 selepas diatur oleh keluarga. Menjelang Jun tahun yang sama, Prerna berpindah keluar dari rumah kelamin mereka. Alasan Prerna enggan memiliki anak ialah kerana kedudukan kewangan pasangan itu yang tidak stabil.




Ketika dibicarakan di mahkamah selepas En. Bapat memohon perceraian, ternyata ia bukan sahaja berkaitan isu anak tetapi Peguam En. Bapat memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya ingin seorang wanita berpendidikan yang mempunyai pekerjaan yang baik, tetapi juga cekap dalam melakukan dan mengurus kerja rumah-tangga. Justice Majmudar, seorang hakim Mahkamah Tinggi yang menyelia kes itu menjawab, "Seorang wanita bukan seorang hamba". Di mahkamah, En. Bapat menyenaraikan pelbagai aduan lain tentang perkahwinan mereka termasuk kekurangan dalam aspek memasak dan kemahiran membersihkan pada isterinya itu. Pada akhirnya, Mahkamah Tinggi Bombay menolak permintaan cerai itu.

INFO - Menurut data daripada UNICEF (disahkan 6 Februari, 2012), 90 peratus daripada perkahwinan di India merupakan perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Angka global untuk perkahwinan yang diaturkan pula ialah 55 peratus. India juga mempunyai salah satu kadar perceraian paling rendah di dunia, kira-kira satu daripada setiap 1,000 perkahwinan (Januari 2011). Tetapi jumlah itu telah meningkat dua kali ganda daripada apa yang terjadi pada lima tahun yang lalu.

Entri lain yang Menarik

1 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain