-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Friday, July 6, 2012

Dipukul dan dibakar Akibat hina Al-Quran

Seorang pegawai polis Pakistan berkata beribu-ribu orang memukul seorang lelaki hingga mati, kemudian membakar mayatnya selepas dia dikatakan memijak kitab suci Islam, Al-Quran. Seorang pegawai kanan polis, Mohammed Azhar Gujar berkata dalam kejadian itu di Bahawalpur (sebuah bandar di bahagian pusat Pakistan yang amat konservatif), penyerang menyerbu balai polis di mana lelaki itu disoal siasat.


Gujar berkata mangsa seolah-olah mempunyai mental yang tidak stabil dan telah ditangkap selepas penduduk melaporkan bahawa dia membuang muka surat Al-Quran ke jalan raya. Walaupun lelaki itu telah disoal siasat, sesetengah orang mula membuat pengumuman melalui pembesar suara masjid, menggesa penduduk lain untuk pergi ke balai polis dan menyeksa si pelaku. Dalam masa beberapa jam, beribu-ribu orang dilihat berkumpul di luar balai polis dan menuntut lelaki itu diserahkan kepada mereka. Gujar berkata polis cuba untuk melindungi dia, tetapi rusuhan bertukar menjadi ganas.


Orang ramai membakar beberapa kenderaan polis dan menyebabkan kecederaan tujuh pegawai polis sebelum merebut lelaki itu dan mengheret dia ke jalan, di mana dia dipukul mati dan badannya dibakar. Gujar berkata perusuh juga menyerang rumah ketua polis serta membakar perabot dan harta di kawasan itu.

Entri lain yang menarik


0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain