-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Friday, July 6, 2012

Hantaran RM50,000 dan Gambar bakal suami Ella

Ella dijangka bernikah dengan lelaki pilihan, Azhar Ghazali (gambar kecil) yang juga seorang juruterbang Firefly, selepas solat Isyak.
Ella nikah esok, mula hidup baru bersama lelaki pilihan pada usia 46 tahun



ESOK bermulalah lembaran baru dalam hidup penyanyi rock wanita negara, Ella Aminuddin, 46. Mengucapkan selamat tinggal kepada zaman solo, Ella dijangka bernikah dengan lelaki pilihan, Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang Firefly, selepas solat Isyak. Lebih manis, demi memenuhi permintaan ibu Yang Asmah Yong, 85, yang sudah lama berharap Ella bertemu jodoh, acara akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga di Teluk Gadong, Klang. 



HIP diberitahu, pada majlis dirancang, pihak lelaki akan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang serta wang hantaran yang dianggarkan bernilai RM50,000. Walaupun jodoh tiba ketika usia mencecah 46 tahun, keluarga Ella gembira akhirnya penyanyi itu bertemu pasangan hidup. 



Semalam, penyanyi yang popular dengan lagu Sembilu itu sepanjang hari sibuk membuat persiapan pernikahan. Difahamkan, Ella berkunjung ke butik pereka busana Syaiful Baharim untuk membuat pengubahsuaian terakhir pada busana yang akan disarung. Ella juga dikatakan menyempurnakan amalan berinai, semalam. 



Kakak Ella, Saidatul Nisa ketika dihubungi HIP mengakui, Ella terlalu sibuk menguruskan persiapan akhir hingga tidak sempat melayan panggilan media. Saidatul Nisa berkata, sebagai kakak, dia gembira dengan niat adiknya mendirikan rumah tangga. Dia dapat melihat kegembiraan pada wajah Ella yang bakal bergelar raja sehari. Malah seluruh ahli keluarga turut tumpang gembira dan menerima jodoh Ella. “Alhamdulillah Ella bertemu jodoh. Memang kalau boleh, dari dulu dia mahu berumah tangga tetapi belum ada rezeki. Mungkin baru sekarang Tuhan hendak menemukan jodohnya,” katanya. Majlis persandingan Ella dan Azhar dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember depan.




0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain