Seorang pekerja restoran makanan segera popular Burger King telah memuat naik gambar nya ke internet sedang memijak lettuce atau salad menggunakan kasut dengan bangga nya. Namun ia membawa kesusahan kepada nya apabila kutu internet berjaya menjejaki pekerja tidak bertanggung jawab ini.
Pekerja tanpa nama itu (anonymous) meletakkan gambar pada messageboard dalam talian dengan kapsyen "Ini adalah salad yang anda makan di Burger King". Tetapi pengguna lain dalam laman web itu begitu jijik hingga mereka menggunakan data GPS untuk menentukan di mana gambar itu diambil. Peminat-peminat burger kemudian menyebarkan tindakan pekerja itu ke alur berita tempatan di Mayfield Heights, Ohio.
Menurut laporan di Amerika Syarikat, pekerja dan pengurus shift restoran pada masa kejadian akan dipecat. - Sun
Entri lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment