-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Wednesday, August 15, 2012

Belasah dan cuba perkosa nenek kerana takda kekasih


Chester - Seorang lelaki Carolina yang tidak dapat mencari dan mendapat teman wanita didakwa kerana menyerang neneknya dengan tukul besi sebelum cuba untuk merogol orang tua itu.



Berusia 20 tahun, Samuel Dye telah ditangkap dan didakwa dengan cubaan membunuh dan cubaan melakukan jenayah seksual. Polis melaporkan bahawa Dye pergi ke rumah nenek berusia 61 tahun itu sekitar pukul 4 pagi. Bapa Dye yang mendengar suara wanita itu menjerit kemudian pergi untuk memeriksa keadaan ibunya.

Dia mendakwa menyaksikan anaknya berada di atas badan perempuan itu sambil menghentam kepala mangsa dengan tukul besi. Dia kemudian bergegas menarik dan menghentikan serangan itu dan memanggil polis.


Wanita itu memberitahu pegawai polis yang Dye muncul di rumahnya mengadu bahawa dia tidak dapat mencari teman wanita sebelum cucunya itu bertindak menyerangnya. Dye, yang tidak mempunyai sejarah jenayah sebelum ini sedang ditahan di Chester County Detention Center.

Kisah ini berlaku hanya beberapa minggu selepas Trevon, remaja Colorado berusia 15 tahun ditangkap kerana merogol nenek kandungnya yang berusia 59 tahun (entri dalam blog ini juga) ketika orang tua itu sedang tidur.

Entri Menarik Yang Lain:

3 comments:

ngan nenek pun bernafsu? adeh laa...

hoihoiii...dah kronik ini orang, sama nenek sendiri pun nak test drive...hancusss!

p/s : dear jenny, mcmana mau buat popular post thumbnail tersusun cantik mcm kat atas tu ye? mohon tunjuk ajar pleaseee...thanks :D

pegi blogger layout jak..lau tak pn cari themes yg da ada gadget tu :)

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain