Kailash Singh, 66 tahun, dari India, merupakan lelaki paling busuk di dunia selepas tidak mandi selama lebih 38 tahun. Semuanya bermula selepas lelaki dengan rambut dreadlocks sepanjang 6 kaki ini mengambil mandian terakhirnya pada tahun 1974, tidak lama selepas dia berkahwin. Encik Singh mendakwa seorang imam telah menjamin dia akan memperoleh seorang anak lelaki yang amat berharga sebagai pewaris jika dia mengikuti nasihat pelik itu. Walaupun begitu, bimbingan agama imam itu jelas gagal - dia mempunyai tujuh orang anak perempuan.
Encik Singh menghabiskan hari bekerja di kandang lembu dengan haba 47C, namun satu-satunya cara 'pembersihan' yang dia amalkan setiap malam ialah 'mandi api', yang melibatkan ganja, berdoa kepada Tuhan Hindu, Siva dan menari di sekeliling unggun api. Keluarganya mengakui mereka pernah cuba untuk memaksa dia mandi di sungai. ''Dia berjaya mengelak dan melarikan diri ketika itu,'' kata isteri Encik Singh, Kalavati Devi, 60.
Encik Singh menegaskan dia lebih rela mati daripada mandi dan hanya seorang anak lelaki boleh menukar fikirannya. Isterinya pernah mengancam untuk menolak tidur dengan dia jika dia tidak mandi, namun kemudian mengalah kerana sebagai isteri dia harus setia dan bersabar dengan bau busuk itu. Encik Singh hanya menyentuh air jika ingin membasuh mulut dan tangannya.
''Saya tidak mempunyai anak lelaki, jadi saya tidak akan mandi lagi," katanya. ''Mungkin apabila saya dilahirkan semula, saya akan kembali mandi.'' -asiantown.net
Entri Menarik Yang Lain:
0 comments:
Post a Comment