-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Monday, August 13, 2012

Pasangan sesama jantina pertama berkahwin di Taiwan

Fish Huang dan You Ya-ting telah menjadi pasangan lesbian pertama yang berkahwin dalam upacara keagamaan Buddha di Taiwan beberapa hari yang lalu. Pengantin yang kedua-duanya wanita berumur 30 tahun itu telah bersama sebagai pasangan kekasih selama 6 tahun dan memutuskan untuk mengikat tali perkahwinan sejak tahun lalu.


Dalam majlis itu, Fish Huang dan You Ya-ting memakai gaun pengantin moden berwarna putih, majlis yang dilaksanakan di sebuah biara Buddha di Taoyuan, utara Taiwan, telah dilakukan oleh Master Shih Chao-hui, seorang profesor di Universiti Buddha Hsuang Chuang. Majlis disempurnakan dengan acara pengantin bertukar manik-manik sembahyang dan sekitar 300 penganut agama Buddha melaungkan sutra memohon rahmat buat pasangan lesbian ini.

Master Shih memberitahu AFP bahawa dia mengambil bahagian dalam upacara tersebut dengan harapan langkah itu boleh mewujudkan semangat belas kasihan agama Buddha tersebar ke seluruh dunia dan menambah bahawa ajaran Buddha tidak mendiskriminasi gay dan lesbian.

fishhuangleftandpartner
Pasangan pengantin mendapat restu Chu Hui-chen, seorang penghibur yang anak lesbian nya bunuh diri May lalu.
FishHuangandYouYating

"Kami berharap dengan sokongan Master Shih, perkahwinan ini akan mengubah perspektif orang ramai walaupun ia tidak sah di sisi undang-undang dan berharap kerajaan boleh menghalalkan perkahwinan sesama jantina tidak lama lagi." kata pengantin dengan penuh harapan. Ibu bapa kedua-dua pengantin ini tidak menghadiri upacara tersebut.

Asiantown.net

Entri lain yang mungkin anda suka:

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain