-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Tuesday, August 14, 2012

Wanita Anoreksia terselamat selepas Mengandung

Kebanyakan pasangan pengantin merasa gembira jika melihat gambar perkahwinan mereka tetapi malangnya untuk Laura Wilson, gambar-gambar yang diambil pada bulan November 2007 itu hanya membuatnya rasa ngeri dan malu. Pada masa itu, dia merupakan seorang pesakit anoreksia dan mengalami gangguan makan yang begitu teruk sehingga berat badannya menjunam kepada hanya 6 batu (sekitar 38kg). Sekembalinya Laura dan Phillip dari bulan madu mereka di Phuket, Thailand, berat badannya terus menurun kepada hanya lima batu dan makanan yang mengisi perutnya ketika dalam perjalanan itu hanyalah dua keping nenas.



Dua bulan selepas perkahwinannya, Laura, 28 telah dimasukkan ke hospital dalam unit kesihatan mental berhampiran rumahnya di Ballymena, Co Antrim. Walaupun dia akhirnya dibenarkan keluar dari hospital, Laura dan Phillip terpaksa berhadapan dengan kesedihan lagi apabila doktor memberitahu mereka bahawa Laura yang tidak mempunyai haid selama lima tahun, tidak mungkin hamil kerana kerosakan tubuh sewaktu dia membiarkan tubuhnya kebuluran.Untuk info, biasanya menu harian Laura ialah lima biji kacang hijau dan satu persegi coklat.

LauraWilson

LauraWilson5

Namun apa yang mengejutkan doktor ialah apabila Laura mengandung dan telah melahirkan bayinya, Matthew, empat minggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin. "Sebelum saya sedar saya mengandung saya masih memakan diet yang sangat terhad dan melakukan 700 sit-up sehari," kata Laura. Dia mula berubah demi kandungannya dan mengambil pemakanan dan nutrisi kerana takut sikapnya terhadap cara pemakanan akan membawa kesan negatif terhadap bayi dalam kandungannya. Apabila Matthew dilahirkan Laura berikrar untuk menjadi ibu terbaik seboleh yang mungkin.


LauraWilson3

Laura dan Phillip kini merancang untuk memperbaharui nazar perkahwinan mereka. "Saya mahu mengambil gambar perkahwinan saya semula dan memaparkannya dengan bangga," kata Laura lagi.- Asiantown.net

Entri Menarik Yang Lain:

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain