-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Tuesday, September 4, 2012

dipenjara kerana ada anak dengan budak 14 tahun

CLAYSBURG - Seorang wanita berusia 20 tahun telah ditangkap kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang budak lelaki berusia 14 tahun sehingga melahirkan bayi.



Brittany Lenay Weyandt dari Claysburg, Pennsylvania, menghadapi empat feloni pertuduhan seks kerana mengadakan hubungan intim dengan individu bawah umur. Dia kini ditahan di Penjara County Blair sementara ibunya menjaga bayinya.

Ibu Weyandt mengetahui tentang kehamilannya pada bulan Jun apabila Weyandt menunjukkannya imej sonogram janin yang dikandungnya. Tidak lama selepas itu, hubungan kontroversi pasangan itu sampai ke pengetahuan pihak polis.

Semasa disoal, remaja lelaki iaitu bapa kepada bayi itu memberitahu polis bahawa dia kerap mengadakan hubungan seks tanpa sebarang alat perlindungan dengan Weyandt antara Disember dan Mac. Dia juga memberitahu polis bahawa seks mereka adalah dipersetujui kedua-dua pihak, tidak ada paksaan tetapi dia adalah di bawah umur dan itu tidak dibolehkan undang-undang di Pennsylvania.

Menurut Greenfield Township Police Chief, Ron Givler, wanita itu ditangkap selepas dia melahirkan bayinya pada minggu lalu.

Entri Lain Yang Menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain