Seorang wanita yang berpakaian seperti biarawati kantoi melalui cctv kerana mencuri bir di sebuah kedai. Rakaman itu menunjukkan seorang wanita yang tidak dapat dipastikan samada biarawati tulen sedang berjalan sehingga ke satu peti sejuk di belakang kedai sebelum meraih tin bir dan memasukkan ia ke dalam poket bajunya.
Dia kemudian mengambil sebotol air sebelum kembali untuk mengambil minuman lain dan kemudian dengan selamba dia berjalan keluar dari kedai tanpa sebarang halangan. Klip video tersebut telah dimuat naik di laman perkongsian video YouTube di mana ia telah dilihat sehingga lebih 145,000 paparan dalam hanya empat hari selain menerima banyak LIKE dan komen.
Ini bukan kali pertama 'biarawati' dilihat kantoi melakukan kesalahan undang-undang - tahun lepas, beberapa suspek berpakaian seperti biarawati merompak sebuah bank di Chicago.
*salah satu cara mengaburi pandangan sekeliling kot!?
Entri lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment