-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Friday, November 16, 2012

NSFW Kelab dewasa Playboy di buka di India

PB Lifestyle akan membuka kelab Playboy India pertama mereka di Goa. Walau bagaimanapun, Sanjay Gupta, eksekutif PB Lifestyle di India berkata bahawa pakaian tema Playboy iaitu BUNNY tidak akan digunakan.



"Bunnies adalah merupakan sebahagian daripada kelab Playboy. Untuk sebab-sebab yang jelas berkaitan moral dan demi menjaga perasaan masyarakat India, kita tidak boleh ikut menggunakan pakaian bertemakan Playboy Bunnies di India," kata Encik Gupta. Sebaliknya, tema pakaian baru akan didedahkan semasa pembukaan kelab itu.



Pelakon Bollywood iaitu Sherlyn Chopra, wanita pertama India yang muncul berbogel di majalah Playboy menunjukkan keghairahannya tentang projek ini. "Super teruja! Ia bukan hanya mengenai kebogelan. Ia adalah seperti memperkenalkan gaya hidup yang menyeronokkan dan glamor," kata Chopra mengulas.

Ini hanya salah satu daripada pelan PB Lifestyle. Syarikat itu merancang untuk membuka 120 kelab, hotel, kafe dan kedai-kedai dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Entri lain yang Menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain