-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Friday, November 23, 2012

OMG Ngeri beginilah cara Hamas membunuh enam warga Palestin yang jadi pengintip Israel


Gaza City - lelaki bersenjata menembak mati enam lelaki Palestin yang disyaki pengintip yang bekerjasama dengan Israel di persimpangan bandar besar Gaza pada Selasa lalu.

Lihat lebih banyak gambar dan video enam lelaki Palestin ini dibunuh di SINI




Wartawan Associated Press menyaksikan lima mayat berlumuran darah di tempat awam sejurus selepas pembunuhan sementara orang ramai menghentak-hentak dan meludah pada badan mayat pengintip itu. Mayat keenam pula diikat pada motosikal dan diheret melalui jalan-jalan sambil kedengaran jeritan "Perisik! Perisik!" Sayap tentera Hamas, Izzedine al-Qassam, mengklaim bertanggung jawab pada kejadian itu dalam sebuah catatan tulisan tangan besar yang melekat pada tiang elektrik berdekatan.

Hamas berkata enam orang itu dibunuh kerana mereka memberikan Israel maklumat mengenai pejuang dan tempat pelancaran roket. Bagaimanapun, Hamas tidak memberikan apa-apa bukti kerjasama yang dikatakan.

Pembunuhan itu berlaku pada hari ketujuh daripada serangan tentera Israel yang telah membunuh lebih 130 rakyat Palestin, termasuk militan dan orang awam, serta lima Israel.

Israel telah melancarkan ratusan serangan udara, mensasarkan tapak pelancaran roket, senjata dan rumah aktivis Hamas sebagai tindak balas kepada serangan roket berulang kali Hamas di bandar-bandar Israel. Beratus-ratus roket Palestin telah menghujani Israel pada minggu lalu.

kredit: Asiantown.net

Entri lain yang Menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain