-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Wednesday, December 5, 2012

Bos Playboy bertunang dengan gadis 60 tahun lebih muda


Ketua Playboy iaitu Hugh Hefner merancang berkahwin lagi dengan gadis berambut blonde yang berusia 60 tahun lebih muda daripada beliau.



Jutawan majalah dewasa yang berusia 86 tahun itu telah ditinggalkan wanita yang sama iaitu Crystal Harris tahun lepas dengan memutuskan pertunangan mereka tetapi keduanya bersetuju untuk kembali bersama.

Crystal Harris, 26, digelar "pengantin melarikan diri" selepas meninggalkan Hugh Hefner hanya lima hari sebelum hari besar mereka berlangsung pada bulan Jun 2011 lalu.

Laporan mengatakan: "Crystal Harris merasakan bahawa masa dia bersendiri tanpa Hugh Hefner benar-benar mengajar dia bagaimana untuk menjadi bebas dan berdikari. Perkahwinan yang akan berlangsung lagi itu akan menjadi satu perhimpunan intim dengan rakan-rakan dan keluarga terdekat."

Entri Lain yang Menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain