Wanita Vietnam yang bernama Pham Thu Dung ini adalah ibu sebenar Pax Thien, malangnya dia adalah seorang penagih dadah. Dua hari selepas melahirkan Pax Thien, dia melarikan diri dari hospital tanpa membayar bil perubatan malah turut meninggalkan Pax Thien.
Nama asal Pax Thien adalah Pham Quang Sang (bapa tidak diketahui dan Pham ialah nama keluarga yang sama dengan ibunya). Akhbar Vietnam melaporkan bahawa dia menghabiskan kebanyakan hidupnya sebagai pelajar di kelab-kelab, juga dengan menagih dadah dan Pax Thien adalah hasil daripada hubungan yang gagal dengan seorang lelaki yang telah berkahwin.
Walau bagaimanapun, semasa temu bual, Pham Thu Dung berkata bahawa dia tidak berniat untuk meminta anaknya kembali tetapi sebaliknya dia mendoakan kehidupan yang lebih baik dan gembira dengan ibu baru iaitu Angelina Jolie. Berada dengan Angelina Jolie adalah benar-benar kehidupan baru yang jauh lebih baik untuk dia sekarang berbanding berada dengan ibu sebenar.
Entri lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment