Lupakan sejenak tentang pemutihan gigi atau veneers dan ikuti kisah wanita Senegal dalam usaha untuk memiliki senyuman indah ke tahap yang melampau - tatu gusi jadi hitam.
Wanita di negara Afrika barat mengatakan nenek moyang mereka telah melakukannya selama bertahun-tahun dan selain memberi senyuman menawan, prosedur ini juga dikatakan mampu melindungi gusi dan menghentikan masalah nafas berbau.
Prosedur ini tidak terkenal di peringkat antarabangsa sehingga baru-baru ini apabila video yang menunjukkan seorang wanita yang dipanggil Mariéme melakukannya. Lebih daripada 17,000 orang telah menonton Mariéme melalui proses menyakitkan itu.
Dia membayar seorang wanita yang bekerja dari rumah pada harga 80p untuk mendapatkan tatu gabungan minyak bakar dan mentega shea. Campuran pada mulanya ditekan ke gusi wanita ini sebelum jarum berulang kali dicucuk ke dalamnya. Mariéme menanggung kesakitan pada mulanya, dia dilihat menolak tatu dan menangis apabila kesakitan dirasakannya melampau. Dengan campuran hitam berlumur di seluruh mulut dan mukanya, Mariéme pada akhirnya hanya mampu untuk mempunyai empat daripada tujuh lapisan yang pada asalnya dia inginkan.
(kiri) Mariéme (kanan) tattooist
Beliau memberitahu wartawan: 'Ia menyakitkan. Saya tidak akan mengesyorkan penyeksaan ini kepada sesiapa pun.' Walaupun sakit, dia kemudian mengatakan dia amat gembira dengan keputusan mendapatkan tatu itu.
gambar selepas
kredit gambar dailymail.co.uk
Entri Lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment