-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Tuesday, February 19, 2013

Lelaki ini tinggal dalam kubur selama 15 tahun (4 gambar)



Bratislav Stojanovic, lelaki homeless berusia 43 tahun dari Serbia, telah tinggal di tanah perkuburan di Nis selama 15 tahun. Dia telah membuat kubur sebagai rumahnya dan mengatakan dia lebih takut kelaparan dan kehidupan daripada berjiran dengan penghini kubur.


Stojanovic tidak pernah mempunyai pekerjaan tetap dan kehilangan rumahnya bertahun-tahun lalu serta melarikan diri daripada beban hutang. Ketika itu dia mengambil keputusan utnuk mendiami kubur milik keluarga yang meninggal dunia lebih 100 tahun lalu. Dia mendakwa dia berasa selesa tinggal di situ: "Ia adalah tempat yang kering dan panas," kata Bratislav.


Kebanyakan masa Bratislav digunakan untuk mencari lilin dan sisa rokok di sekitar kawasan tanah perkuburan, tetapi perkara itu agak sukar kerana tidak ramai manusia yang pergi ke kawasan tanah perkuburan. Makanan pula didapatkan dari tong sampah di bandar. Lihat entri keluarga pemakan sampah di German di SINI

BratislavStojanovic1

BratislavStojanovic2

Ketika ingin membuka penutup rumah kuburnya, dia akan sentiasa berhati-hati agar tidak dilihat kerana dia takut orang akan menyangka dia adalah mayat hidup. Dia bukan orang pertama yang membuat rumah di tanah perkuburan. Tahun lepas, dilaporkan mengenai seorang wanita Argentina yang berpindah ke makam suaminya kerana dia terlalu mencintainya dan lebih 10,000 penghuni tanah perkuburan Manilla selalu di khabarkan dalam akhbar selama bertahun-tahun. Namun begitu, Stojanovic Bratislav mungkin adalah orang pertama yang tinggal dalam kubur selama mungkin iaitu 15 tahun. source: news.asiantown.net

Entri lain yang Menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain