Fu Xuepeng didiagnosis dengan kerosakan teruk pada sistem saraf dan telah lumpuh dari leher ke bawah malah tidak dapat bernafas tanpa bantuan alat pernafasan sejak dia terlibat dalam kemalangan dengan kereta ketika menunggang motosikal ke pasar raya sewaktu dia berumur 25 tahun. Sejak itu, dia mesti bergantung pada ventilator dengan tiub pernafasan untuk tetap hidup. Tetapi selepas empat bulan berada di Taizhou First People's Hospital, kedua ibu bapanya terpaksa membawanya pulang kerana tidak dapat menampung bil yang teramat tinggi.
Walaupun menerima 300,000 yuan (£ 30,0000) pampasan daripada pemandu yang melanggarnya, kos lebih daripada 10,000 (£ 1,000) yuan seminggu untuk merawat Fu menggunakan ventilator perubatan amat membebankan. Wang Lanqin, ibu Fu dan bapanya, Fu Minzu, dibiarkan dengan hanya satu pilihan - untuk mengeluarkan dia dari hospital dan cuba untuk menjaga dia di rumah. Mereka membeli injap beg topeng ventilator dan secara manual oksigen dipam ke dalam paru-paru Fu dengan tangan sejak keluar dari hospital.
Ibu bapanya, dua adik-beradik dan saudara-saudara iparnya semua mengambil giliran untuk memicit pam home made itu 18 kali seminit. Jika mereka berhenti untuk hanya tiga minit Fu akan mati. Hasil pertolongan gigih selama lima tahun itu, tangan mereka kini telah cacat.
Entri Lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment