Isteri pejuang Taliban yang hidungnya telah dipotong sebagai hukuman kerana meninggalkan suami jahatnya kini sudah berjaya pulih melalui pembedahan rekonstruktif.
Aesha Mohammadzai dipaksa berkahwin dengan seorang pejuang Taliban ketika dia hanya berumur 12 tahun. Sejak berkahwin, hidupnya menderita apabila dia terus diserang oleh suami dan keluarga lelaki kejam itu malah dia selalu disuruh untuk tidur dengan haiwan. Dia akhirnya melarikan diri dari perkahwinan yang zalim, tetapi telah ditangkap dan dipenjarakan. Lebih malang baginya apabila hakim juga memerintahkan bahawa selepas dia selesai menjalani hukuman penjara, dia akan dihantar pulang ke rumah keluarga suaminya.
Hidungnya dipotong lelaki itu selepas dia kembali ke rumah suaminya. Kata wanita ini kepada Daybreak: "Setiap hari saya didera oleh suami saya dan keluarganya secara mental dan fizikal, kemudian satu hari bila derita tidak tertanggung lagi maka saya melarikan diri"
"Mereka menangkap saya dan memasukkan saya ke dalam penjara selama lima bulan. Apabila saya keluar, hakim menghantar saya kembali kepada suami saya. Pada malam itu mereka membawa saya ke gunung, kemudian mengikat tangan dan kakiku. Mereka berkata hukuman untuk saya ialah memotong hidung dan telinga saya. Dan kemudian mereka mula melakukannya."
Aesha, 22, telah dibiarkan menderita di pergunungan itu sebelum merangkak ke rumah datuknya. Dia dibawah ke American medical facility. Acara amal telah dibuat untuk membawa dia keluar dari Afghanistan dan dia kemudian tinggal bersama keluarga angkat di Amerika Syarikat - dan mula dididik ilmu untuk kali pertama dalam hidupnya - asiantown.net
Entri lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment