-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Friday, May 17, 2013

Shah Jaszle ditangkap Khalwat dengan gadis 21 tahun, bukan dengan tunang


SHAH ALAM: Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai
Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman
Sri Subang di sini awal Khamis.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada
3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa
pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais
berdasarkan maklumat awam.

“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita
yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka
berakhir begitu sahaja – BERNAMA

Sementara itu, menurut sumber-sumber OHBULAN, apartment itu dikatakan milik rakan pelakon itu.
Kata sumber-sumber itu lagi, ketika serbuan, terdapat satu lagi pasangan namun selepas pemeriksaan
didapati sudah berkahwin.

Manakala pelakon itu dikatakan ditahan bersama pasangannya berusia 21 tahun di dalam sebuah
bilik berasingan di apartment itu.

Kami juga difahamkan, tunang pelakon itu dikatakan datang sendiri ke pejabat
Jabatan Agama Islam Selangor bagi menjamin bakal suaminya itu - source Ohbulan

JAIS Sahkan Shah Jaszle Ditahan
Posted By Sataypanas


SHAH ALAM -  Jabatan Agama Islam  Selangor (JAIS)  mengesahkan pelakon filem  Azura,
Mohd. Shahrizal Jaszle Jasmi atau yang  dikenali sebagai Shah Jaszle ditahan oleh pihak
berkuasa itu pada awal pagi ini.


Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata,  pelakon tersebut ditahan oleh Bahagian
Penguatkuasaan JAIS di Apartment Taman Sri  Subang di sini pada pukul 3.30 pagi.


“Penahanan Shah Jaszle berdasarkan Seksyen  29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah negeri
Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada  bersama dengan seorang atau lebih daripada
seorang perempuan yang bukan isteri atau  mahramnya dan sebaliknya.


“Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak  melebihi RM3,000  atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau  kedua-duanya,” katanya dalam  kenyataan di sini  hari ini.


Marzuki berkata, penangkapan tersebut dibuat  berdasarkan aduan orang awam kepada Bahagian
Penguatkuasaan JAIS semalam - source 
Sataypanas

update: bukan tunang yang menjamin Shah Jaszle!

Entri lain yang menarik

1 comments:

Hmmm..rupenye dia ni...habiss laa kantaoi

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain