-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Friday, September 6, 2013

Artis Tempatan rogol Anak Tiri dihukum penjara 20 tahun 10 Sebatan




KAJANG – Seorang bekas ahli kumpulan nyanyian popular pertengahan 2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas disabitkan bersalah merogol anak tiri berusia 14 tahun di rumah mereka, di Gombak Februari tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah mengarahkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun itu berjalan mulai hari ini.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di sini, pada pukul 9 pagi, 9 Februari 2012.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.-kosmo

* Identiti artis hip hop rogol anak tiri di SINI

Entri lain yang Menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain