Brasilia: Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala
Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan
mayat itu kepada anjing - video di sini
Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak
dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan.
De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan
dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu
menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.
Eliza membuat laporan polis selepas hamil
Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh
Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku
menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh
wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain,termasuk isterinya Dayane, seorang lagi
bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.
Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum
membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan
mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam
di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza
dan dihukum penjara 15 tahun.
Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut
akan berpindah ke kelab AC Milan.
Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.
DE SOUZA menangis ketika menceritakan bagaimana Eliza dibunuh kepada mahkamah.
Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan
pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik,
Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh
menunggu di situ,” katanya.
Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo
berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.
De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009. - artikel dari Metro.
Tambahan info dari Daily Mail
-'barbaric tortures' telah dilakukan pada Eliza, kemudian dia dicekik dengan tali leher
hingga mati di hadapan bayi lelakinya yang berusia empat bulan.
- bayi itu kemudian ditemui polis di kawasan setinggan selepas ditinggalkan oleh isteri De Souza,Dayane.
-bayi itu kini dijaga oleh ibu Eliza.
-ujian DNA kemudian mendapati bayi itu memang anak De Souza.
-De Souza yang membayar upah £8,000 untuk tujuan kejam itu berdepan hukuman penjara
hingga 41 tahun jika didapati bersalah.
|
Entri lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment