(Lol! Rasa tertipu) Remaja hilang ekoran entri 23 hilang 7 selamat akibat hantu Villa Nabila mengamuk dan Cerita kotak kecil di sebalik kehilangan 23 orang di Villa Nabila, dikatakan 22 remaja yang hilang telah ditemui tetapi seorang lagi masih hilang. Kes ini terungkai selepas remaja itu ditemui di sebuah flat (rumah rakan lelaki) bersama rakan perempuan dan seorang lagi rakan lelaki mereka. Baca artikel di bawah yang ditulis oleh wartawan di lokasi kejadian.
Jika ingin menghasilkan laporan lebih tepat, molek jika wartawan atau pelapor media sosial berada di lokasi, bukan hanya sekadar meraih maklumat tidak sahih melalui laman sosial.
Saya tiba di Johor Bahru, Johor kira-kira pada jam 7 malam semalam dan bertemu wartawan, Zulhazri Abu Bakar. Dalam perjalanan untuk makan malam di Restoran Banafe, kami melihat orang ramai masih berkumpul di luar Villa Nabila.
Mereka berhimpun di lokasi itu berikutan dakwaan kononnya 23 remaja dilaporkan hilang di Villa terbabit sejak malam Ahad lalu. Berita itu disensasikan oleh beberapa laman web, termasuk blog kumpulan paranormal, BUKAN Penyingkap Fakta.
Saya dan Zulhazri berpegang kepada prinsip sama. Berita BERKREDIBILITI itu wajib disahkan oleh pihak berkuasa, dalam kes ini polis. Maklumat disiarkan di blog ini dalam entri terdahulu disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt. Abd.Samad Salleh, bukan berbentuk hearsay, khabar angin.
Sewaktu bertemu beberapa kenalan di ibu negeri Johor itu, Zulhazri menerima panggilan daripada sumber awam.
"Jom, remaja hilang itu telah dijumpai di Flat Desa Mutiara (Johor Bahru), " ajak sahabat saya.
Lalu kami bergegas ke balai terdekat dengan kawasan penempatan itu, Balai Polis Bandar Dato' Onn.
Saya dan Zulhazri berdiri di luar balai dan merakamkan gambar dua remaja tidak kami ketahui identiti mereka.
Kami percaya, kenyataan Izzat sedang dirakamkan oleh Pegawai Penyiasat di dalam pejabat di bahagian belakang balai.
"Selepas ini mereka mungkin akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Central," bisik Zulhazri.
Maklumat disalurkan oleh orang awam mengatakan, Izzat dan 2 rakannya dibawa ke balai ini dari flat. Jadi tidak tersasar sewaktu kami menjangkakan, dua remaja terbabit, kenalan Izzat. Pada jam 2.33 pagi, tiga remaja terbabit dibawa keluar menggunakan laluan belakang balai. Sebagai wartawan, kami tidak berniat untuk merakamkan kenyataan Pegawai Penyiasat atau pegawai lain di situ kerana difahamkan sidang akhar akan dibuat oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini.
Tanpa berlengah kami kemudian bergerak ke IPD Central dan menunggu kenderaan sama memasuki kawasan terbabit.
Lama kami berdua duduk di atas simen lalu pejalan kaki di depan IPD itu.
Namun dimaklumkan, 3 remaja terbabit masih belum tiba kerana berada di Larkin.
"Cawangan Narkotik sekarang di sana, dulu di sini," ujar Zulhazri.
Tiba-tiba saya telihat kelibat pasangan lelaki dan wanita sedang duduk di kerusi di dalam balai.
Sebaik dia memandag ke arah saya, hati tergerak untuk memanggilnya keluar dari balai itu. Saya dan Zulhazri berjabat tangan dengannya. Mujur dia mengenali saya dan berasa amat selesa berbual.
Abu Hashim Mohd Zain, 48 tahun, berasal dari Sik, Kedah tetapi menetap di Taman Ehsan Jaya.
"Saya tengah menunggu anak perempuan saya. Empat orang polis datang ke rumah dan memaklumkan berita, anak saya, 15 tahun, dijumpai di Flat Desa Mutiara sekali dengan Izzat dan rakan seorang lagi itu. Sebelum itu ibu Izzat menghubungi saya dan meminta saya membuat laporan polis. Namun saya memaklumkan dia, sejak pagi Sabtu lalu, saya kerap berhubung dengan rakan anak perempuan tunggal saya itu menggunakan nombor telefon bimbit dia. Pagi tadipun saya masih berhubung lagi. Jam 9.30 malam tadi saya memang hendak membuat laporan polis," ujar pemandu lori itu.
Zulhazri pantas merakamkan kenyataannya untuk disiarkan di berita TV9, In Sha Allah, pada tengahari ini.
"Apabila anak encik Hashim hilang dan berlaku kekecohan kononnya 23 remaja tidak ditemui di Villa Nabila, adakah encik percaya dia disembunyikan oleh makhluk halus?," soal saya.
"Mereka pergi beramai-ramai. Saya juga telah pergi ke Villa Nabila semalam. Memang tidak ada apapun di sana. Musykil juga kalau pergi ramai, mustahil seorang sahaja hilang. Jadi saya memang tidak percaya, tidak yakin langsung dia disembunyikan oleh makhluk halus. Bukan hendak bercakap besar tidak, tetapi kalau melihatkan keadaan di dalam Villa Nabila, In Sha Allah, saya berani tidur seorang diri di situ. Malang, bila berita kononnya 23 remaja hilang di villa itu disebarkan di internet, suasana menjadi kelam-kabut sekaligus menyusahkan banyak pihak. Jadi nasihat saya, berhentilah menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial," balasnya yakin.
"Polis BELUM lagi mengesahkan berita tetapi maklumat awal kami terima, disalurkan oleh sumber awam, amat menarik. Izzat dan rakan, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat 'keras' untuk dikunjungi secara berkumpulan barangkali termasuk anak encik sekali. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang, Straits View dan terus berhenti rehat di Masjid Kolam Air. Sewaktu azan berkumandang, sebelum bersurai," kata saya.
Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.
"Apapun, kita tunggu sahaja perincian lebih tepat akan disahkan oleh pihak polis akan dikongsikan bersama semua media cetak dan elektronik," sampuk Zulhazri.
Akhrinya kami difahamkan, anak perempuan Abu Hashim, teman wanita Izzat.
Kira-kira jam 3.48 pagi, kenderaan membawa 3 remaja terbabit dipandu laju, masuk ke IPD Central.
Source: Mazidulakmal.com
Entri Lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment