-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Monday, November 11, 2013

Suspek rakan Pak Guard rompakan Ambank dikenal pasti turut Miliki MyKad Palsu


19 hari selepas pengawal keselamatan warga Sulawesi Tenggara, Indonesia, menembak mati pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib di Subang Jaya, Selangor, penjenayah itu diberkas oleh polis di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor, pada jam kira-kira 7 pagi tadi. 


Nama tercatat di kad tanda nama, Osman BIN Salleh dan dipercayai bertugas sebagai pengawal keselamatan. 

Nombor MyKad  840713-12-5207. 

Angka 12 di tengah menunjukkan dia, kononnya berasal dari Sabah.

Melalui pemeriksaan maklumat, saya dimaklumkan oleh sumber berkredibiliti, nombor MyKad terbabit TIDAK wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.


Jika diteliti informasi dicatatkan di facebooknya, dia memiliki dua akaun bank. Untuk membuka akaun di institusi perbankan, setiap pelanggan warganegara Malaysia perlu menyerahkan MyKad kepada kakitangan bank untuk urusan pembukaan akaun.

Begitulah peraturannya.

Dokumen apakah digunakannya sewaktu membuka akaun bank?  Tentunya MyKad. Apakah status dokumen itu?



Namun peliknya, lelaki terbabit, warganegara INDONESIA, mendakwa berasal dari Den Pasar, Bali. 

Mengikut undang-undang di Malaysia, warganegara Indonesia TIDAK dibenarkan menjadi pengawal keselamatan. Apatah lagi diberikan akses kepada senjata api.



Klik di sini untuk melawati akaun facebook Joemar Omar.  Itu nama digunakannya. Jadi, siapakah Omar BIN Salleh? Warganegara Indonesia tidak menggunakan perkataan BIN.

Status laman sosialnya tidak dikemaskini sejak 23 Oktober, tarikh pegawai operasi Ambank ditembak mati di Subang Jaya, Selangor.

Barangkali satu kebetulan.

Bahasa digunakannya tatkala berkomunikasi di facebook juga sama dengan bahasa perhubungan pembunuh berasal dari Sulawesi, kini masih diburu oleh polis.



Klik di sini dan di sini untuk melawati facebook pembunuh di atas (polis mengesahkan akaun terbabit miliknya)


Saya telah menghubungi Jabatan Korporat Komunikasi Sapura dan memaklumkan kakitangan bertugas mengenai kes ini. Difahamkan, pengawal keselamatan bertugas di premis syarikat terbabit berada di bawah kendalian pemilik bangunan.


Entri Menarik Yang Lain:

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain