-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Tuesday, December 3, 2013

Gambar Ngeri Paul Walker adalah PALSU, Ini Mangsa Sebenar (4 gambar)

Ramai yang sedang bersedih dengan berita kematian pelakon utama rangkaian filem The Fast and the Furious. Sehari sebelum kejadian kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya, terdapat gosip yang menyatakan Paul Walker sudah meninggal tetapi ianya sekadar hoax. Keesokannya, kemalangan maut sebenar itu terjadi ketika Paul Walker sedang membuat kerja amal. Tidak lama selepas itu, gambar autopsi yang dikatakan milik Paul Walker tersebar d internet. Hakikatnya itu bukan gambar mayat Paul Walker, hasil autopsi belum keluar. Baca entri yang admin ambil dari blogserius di bawah:

Ada beberapa sebab kenapa kami tahu ianya bukan mayat sebenar mendiang Paul Walker.

1. Muka "mayat" masih merah. Gambar diambil ketika mangsa masih hidup. Umum diketahui dari laporan media Paul mati ditempat kejadian

2. Kereta yang beliau dan Roger Rodas naiki terbakar serta merta setelah melanggar tiang lampu. Jelas kelihatan ruang penumpang Porsche GT yang dinaiki terbakar teruk. Mustahil wajah Paul masih boleh dikenal pasti.

3. Mayat Paul masih sehingga berita ini ditulis tidak dapat dikenal pasti oleh koroner. Mereka masih menunggu rekod gigi Paul dan Rodas bagi memastikan identiti. Sadly this means mayat kedua-dua mangsa hangus terus paska kebakaran.

Jadi wajah siapakah yang dikatakan "Paul Walker" ini sebenarnya?

Well. Nama beliau ialah Alan Dennis (26) seorang sukarelawan Kristian yang bertugas di Kongo. Pada tahun 2011 Dennis sedang membina sebuah loji penapis air untuk sebuah gereja. Beliau menggunakan sebuah angle grinder untuk memotong batu bata bagi membina sebuah relau memanaskan air. Tiba - tiba bilah angle grinder yang digunakan beliau pecah dan serpihan besi terpelanting menghentam penutup muka yang dipakai beliau. Alan tidak menyedari betapa seriusnya kecederaan beliau sehingga rakan sekerja beliau menjerit melihat rupa beliau. Sebilah besi terbang dan memotong muka beliau dari tengah - tengah kening mata hingga ke mulut. Besi ini melekat terus pada muka beliau.

Setelah dikejarkan ke hospital besi yang terbenam berjaya dikeluarkan dan kini Alan kembali pulih. Beliau hanya hilang beberapa batang gigi akibat kemalangan ngeri ini. Alan masih lagi bekerja  dengan gereja di Kongo dan merasakan kemalangan ini hanya ujian Tuhan terhadap beliau

So now you know. Cerita disebalik gambar bedah siasat Paul Walker sebenarnya mempunyai happy ending dan mesej yang lebih positif dari apa yang dikongsi di media sosial



Entri Lain yang Menarik


0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain