Kristina Pimenova berasal dari Moscow, Rusia dan mula menjadi model di usia 3 tahun, antara jenama yang pernah dijayakannnya ialah Roberto Cavalli, Dolce & Gabbana, Armani dan Benetton. Laman sosial Kristina diurus oleh ibunya yang juga seorang bekas model, Facebook Kristina kini sudah melebihi 2 juta pengikut.
Saat ini ramai yang mengatakan bahawa Kristina Pimenova merupakan model kanak-kanak tercantik di dunia. Kenyataan ini sememangnya betul tetapi sebelum ini (bagi admin) gelaran itu dimiliki Thylane Lena-Rose Blondeau, model Vogue berusia 10 tahun (kini 13 tahun), anak kepada pemain bola Perancis. Fyi, Kristina juga anak kepada pemain bola Rusia yang mengikuti 2002 World Cup.







source: Kristina Pimenova Facebook/dailymail.co.uk
0 comments:
Post a Comment