-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Tuesday, November 29, 2011

17 Anak dengan 15 Perempuan Berbeza


(He has been branded Britain's most feckless father)

Seorang bapa di Britain bakal menyaksikan kelahiran anak ke 16 dalam tempoh 24 jam ini  bersama teman wanita terbarunya, Chelsea, 19 tahun.Penganggur Jamie Cumming sebelum ini sudah mempunyai 15 anak yang dilahirkan oleh 13 wanita yang berbeza.
Anak Cumming yang ke 15 telah dilahirkan dua minggu lalu oleh seorang remaja berumur 19 tahun, manakala anak ke 17 bakal dilahirkan Januari akan datang oleh seorang wanita lain.

Ibu Cumming yang tidak bercakap dengan anaknya itu berkata "Dia telah menganggur selama bertahun-tahun dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bekerja.Kami tidak bercakap antara satu sama lain dan walaupun saya suka dia sebagai anak saya, saya amat kecewa dengan cara hidupnya.Sukar untuk sentiasa berhubung dengan semua cucu-cucu tetapi saya berusaha sedaya upaya untuk melihat mereka semua.''

Cumming hanya 17 tahun ketika Samantha, anak pertamanya dilahirkan pada tahun 1995.Selepas Samantha dilahirkan, Cumming beralih perasaan cinta pula pada sepupu ibu Samantha sendiri.Samantha telah dijaga oleh ibu Cumming dan dapat melihat ibunya hanya dua kali sejak dilahirkan.
Antara tahun 1997 dan 2002Cumming mendapat lima anak dengan lima wanita berbeza.Pada tahun 2004 pula dia mendapat tiga anak dalam satu bulan yang sama.Disember 2007 dan Ogos 2008, Cumming mendapat tiga anak lagi.Satu-satunya wanita yang melahirkan lebih dari seorang anak untuk Cumming ialah kekasih on-off, Alison, mereka mempunyai tiga anak bersama.

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain