-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Wednesday, November 30, 2011

Kanak-kanak 3 tahun Mati dalam Mesin Basuh angkara Ayah kandung


Seorang lelaki berusia 33 tahun dari Meaux, Paris didakwa membunuh anak lelakinya, Bastien  yang berusia tiga tahun dengan memasukkannya kedalam mesin basuh secara bogel.Dia kemudiannya menghidupkan suiz mesin basuh itu, sebagai hukuman kerana telah membuang lukisan rakan sekelasnya di nursery ke dalam lubang tandas.Lelaki ini juga menukar suiz mesin basuh kepada cucian cold cycle selama beberapa minit.Ibunya Charlene, 25, mengangkat keluar Bastien dari mesin basuh itu dan membawanya ke rumah jiran, Alice, dan 
memberitahu bahawa Bastien jatuh tangga.

Alice memberitahu akhbar "Aku mengangkatnya dan terkejut melihat anggota badannya yang longgar seperti patung daripada kain buruk.Aku turut merasa degupan jantungnya buat kali terakhir sebelum dia meninggal." Bastien meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Maud, kakak Bastien yang berusia lima tahun memberitahu suami Alice bahawa ini bukan kali pertama Christophe Champenois meletakkan Bastien ke dalam mesin basuh sebagai hukuman.Jiran-jiran memberitahu akhbar bahawa budak lelaki itu telah berkali-kali dikurung selama berjam-jam di dalam almari dan dibiarkan di sill tingkap dengan tubuhnya dibalut selimut.

Evelyne, nenek kepada Bastien memberitahu bahawa Bastien, anak yang tidak diingini oleh bapanya.Pada hari kelahirannya, bapanya telah keluar minum dan apabila saya memberitahu dia mempunyai seorang anak lelaki, dia berkata bahawa dia tidak mahu bayi itu.'

Seorang hakim di Meaux meletakkan Champenois yang merupakan seorang penganggur di bawah penyiasatan kerana membunuh anaknya dan isterinya yang merupakan ibu kepada tujuh orang anak pula didakwa kerana tidak mencegah jenayah dan gagal untuk membantu seseorang dalam bahaya.Kesemua anak mereka kini dijaga oleh pihak berwajib.

Entri Lain : 

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain