Wanita ini telah melahirkan anak perempuan yang begitu dia impikan pada kandungan ke 15.Trish Corcoran telah melahirkan empat anak lelaki dan mengalami 10 keguguran.
Namun, wanita berusia 32 tahun ini tidak berputus asa demi mendapatkan bayi
perempuan yang dinamakan Evie."Saya sudah mempunyai keluarga yang menakjubkan sebelum dia lahir, tetapi Evie telah melengkapkan keluarga kami"kata Corcoran dan suaminya, Michael, 44.
Anak pertama pasangan ini, Michael, dilahirkan pada bulan Februari 1997 dan dua tahun kemudian, Puan Corcoran hamil anak ke 2, Jack.Pernah terjadi dalam setahun, Corcoran mengalami keguguran sebanyak empat kali.Pada awal tahun 2002, dia hamil lagi, tetapi pada bulan April, dia kehilangan bayi itu.Doktor kemudian menjalankan ujian, tetapi doktor mendapati tiada sebab untuk dia mengalami keguguran.Sekali lagi pada September tahun yang sama dia mengalami situasi keguguran.Imbasan 12 minggu menunjukkan bayi itu sihat dan pasangan itu mula tidak sabar-sabar untuk menjadi ibu bapa buat kali ketiga.Tetapi kemudian pada imbasan 20 minggu, bayi itu telah meninggal dunia.Pada bulan Oktober 2003, Puan Corcoran mendapati dia hamil lagi, dan pada bulan
Mei 2004 Chris, anak mereka dilahirkan.Ketika Chris berusia tiga bulan, dia hamil lagi dan pada bulan April 2005, Joe anak bongsu mereka dilahirkan.Corcoran menyayangi semua anak lelakinya tetapi masih kuat perasaan untuk memiliki anak perempuan.Beliau menjalankan penyelidikan di laman web untuk melihat bagaimana dia boleh memaksimumkan peluang mempunyai bayi perempuan.Dia menolak makanan berasid seperti tomato dan oren dan melebihkan pengambilan makanan seperti lobak merah dan lada. Dan dia juga cuba untuk hamil pada masa-masa tertentu mengikut bulan.
Trish pregnant for the 15th time
Dalam tempoh empat tahun selepas itu, Corcoran mengalami empat lagi keguguran.Februari 2010, dia hamil buat kali ke 15.Pada kehamilan ini dia tidak begitu berharap kerana telah mengalami keguguran yang banyak, tetapi bayi yang di kandungnya itu bertahan hari demi hari."Saya berjanji pada diri saya bahawa ini bayi terakhir saya dan berdoa serta berharap agar diberikan bayi perempuan pada kandungan ini".
Corcoran dimasukkan ke wad bersalin pada November tahun lepas di Hospital St Peter di Chertsey.Impiannya tercapai setelah petugas yang menyambut kelahiran bayinya memberitahu
bahawa dia telah melahirkan anak perempuan yang sihat dengan berat 8Ib4.
0 comments:
Post a Comment