Polis New York menangkap Jerome Isaac, 47, atas tuduhan membakar seorang wanita 73 tahun sampai mati di dalam lift.Lelaki ini sebelum itu telah menyiram mangsa yang merupakan bekas majikannya itu dengan petrol sebelum membakarnya kerana mangsa belum membayar baki gaji si pelaku sebanyak $ 2,000.Dia akan didakwa petang ini, (19hb Dis) dengan pembunuhan darjah pertama dan membakar dengan sengaja, beberapa jam selepas dia menyerahkan diri pada polis dengan badan berbau petrol dan sebelah kiri seluruh wajahnya terbakar oleh api.
Isaac menunggu mangsa, Ms Gillespie pulang dari berbelanja. Ketika pintu lift terbuka, lelaki ini terus menyembur wajah dan seluruh tubuhnya dengan gasolin dan menyalakan api dengan Molotov cocktail.Isaac kemudian melarikan diri melalui tangga.Serangan mengerikan itu berlangsung satu minit dan terakam pada dua kamera pengintai di blok 203 Underhill Avenue apartment.
Menurut Rickey Causey, anak saudara mangsa, Isaac ketika bekerja sebagai tukang bersih tinggal dengan mangsa dan ketika didapati mencuri, mangsa memecatnya.Isaac kemudian meninggalkan nota di pintu Ms Gillespie menuntut agar gajinya dibayar tetapi Ms Gillespie enggan kerana si pelaku telah mencuri barang milik nya.
0 comments:
Post a Comment