Seorang model rangkaian jenama Hollister membunuh diri di bawah keretapi 75mph Milford Haven ke Cardiff 75 minit selepas mendapat pesanan SMS dari seorang lelaki yang membatalkan temu janji mereka.
Gabrielle Joseph, 16, memberitahu rakan-rakan di Facebook: ''Saya akan membunuh diri malam ini''. Ini kerana gadis yang dikenali sebagai Gabby ini berasa sedih apabila lelaki itu membatalkan 'date' mereka untuk ke panggung wayang pada malam berikutnya.
Semasa hidupnya, gadis ini seorang yang sangat sibuk dengan A-levels di samping dua
kerja sambilan termasuk menjadi model.Seminggu sebelum kematiannya,
gambarnya telah dipilih sebagai 'image of the week' oleh Digital Photographer magazine.Dia telah menulis sebanyak tiga muka pesanan di Facebook kepada rakan-rakannya sebelum
dia meninggal dunia pada bulan April lalu.
Keluarganya ketika ditemui selepas peristiwa itu berkata mereka telah mendapat banyak sokongan dari pelbagai pihak.''Kami juga cuba untuk bergerak ke hadapan secara positif dengan berusaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang isu-isu bunuh diri di kalangan belia dan kesan pada keluarga yang ditinggalkan.Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa orang muda untuk berkongsi masalah mereka dengan bercakap dengan seseorang yang mereka percayai.Tiada masalah yang tidak dapat diatasi dan pasti akan ada seseorang yang akan membantu''.
0 comments:
Post a Comment