Tarikh ditemukan : 1867
Umur ketika ditemukan : 6
Tahun berada di hutan : 6
Haiwan : Serigala
Lokasi : Sekandra, India
Dina tinggal di rumah anak yatim Sekandra selepas ditemukan.Sebelum diselamatkan, Dina dijumpai di dalam hutan Bulandshahr dengan sekawan serigala.Dina pada mulanya mempamerkan semua tabiat haiwan liar, mengoyak pakaian, makan makanan mentah dan makan makanan dari tanah.Dina akhirnya makan makanan yang dimasak, tetapi tidak pernah belajar bercakap selain menjadi ketagih kepada tembakau.Dina Sanichar akhirnya meninggal dunia pada tahun 1895.
Amala dan Kamala
Tarikh ditemukan : 1920
Umur ketika ditemukan : 8, 1.5
Tahun berada di hutan : 8, 1
Haiwan : Serigala
Lokasi : Midnapore, India
Dua orang anak perempuan yang berumur 8 tahun dan 18 bulan, ditemukan di sarang serigala pada tahun 1920 di Midnapore, India.Kisah ini menjadi kontroversi kerana umur mereka berdua jauh berbeza dan para pengkaji tidak menganggap mereka bersaudara.Mereka dilaporkan terlalu ingin kembali ke alam liar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup manusia.
Daniel
Tarikh ditemukan : 1990
Umur ketika ditemukan : 12
Tahun berada di hutan : 8
Haiwan : Kambing
Lokasi : Andes, Perú
Daniel dipercayai meminum susu kambing, makan akar dan buah beri.Daniel berjalan dengan 4 anggota, tangan dan kaki.Dia boleh berkomunikasi dengan kambing tetapi tidak dapat bercakap seperti manusia.
Gazelle Boy
Tarikh ditemukan : 1946
Umur ketika ditemukan : 10
Tahun berada di hutan : 9
Haiwan : Kijang Gurun
Lokasi : Syria
Ditemukan selepas seorang ahli antropolog Sepanyol, Jean-Claude Auger menerima laporan dari kaum nomads di gurun Sahara bahawa ada seorang kanak-kanak telah berjalan bebas di gurun.Dia kemudian pergi untuk melakukan siasatan dan terkejut bila mendapati seorang kanak-kanak lelaki bersama sekumpulan gazelles.Jean-Claude bertambah terkejut bila melihat kanak-kanak itu boleh berkomunikasi dengan haiwan itu sambil makan akar dan cacing.
Segala usaha untuk mengambil kanak-kanak itu gagal termasuk jeep yang dipandunya ketika mengejar terbalik dan menggunakan helikopter serta jaring juga menemui kegagalan.
Bello
Tarikh ditemukan : 1996
Umur ketika ditemukan : 2
Tahun berada di hutan : 1
Haiwan : Cimpanzi
Lokasi : Nigeria
Bello dipercayai telahdi tinggalkan oleh ibu bapanya pada usia kira-kira enam bulan, satu amalan yang biasa dilakukan dengan kanak-kanak kurang upaya di kalangan suku kaum nomad Fulani.Bello telah dijumpai dengan keluarga cimpanzi dalam hutan Falgore, 150 km ke selatan Kano di utara Nigeria.
Ketika ditemukan, Bello berjalan seperti seekor cimpanzi, dengan menggunakan kakinya tetapi mengheret tangannya di atas tanah.Dia akan melompat setiap waktu malam di asrama, mengganggu kanak-kanak lain, memecahkan dan membuang barang ke lantai selain membuat bunyi dan tepuk tangan seperti cimpanzi.Bello meninggal dunia pada tahun 2005.
Tarikh ditemukan : 1991
Umur ketika ditemukan : 6
Tahun berada di hutan : 3
Haiwan : Monyet
Lokasi : Uganda
Pada tahun 1988, seorang budak lelaki berumur 4 tahun bernama John Ssebunya melihat ayahnya menembak dan membunuh ibunya.Takut akan hidupnya, Yohanes berlari ke dalam hutan di negara Uganda dan tinggal dengan monyet penghuni hutan tersebut.Ketika dijumpai, John mempunyai rambut tebal meliputi tubuhnya, berjalan berlutut sambil menekuk jari tangannya, dan dia tidak dapat memakan makanan yang dimasak.
Ketika ditemukan, bukan saja John yang enggan hidup dengan manusia malah keluarga monyetnya datang menyerang kawasan tempat John diletakkan.Dia kemudian diletakkan di pusat asuhan Kristian, kini berumur 24, John telah dapat bercakap dan berjalan tegak lurus, malah dapat bermain musik dan gitar.
Traian Caldarar
Tarikh ditemukan : 2002
Umur ketika ditemukan : 7
Tahun berada di hutan : 3
Haiwan : Anjing
Lokasi : Brasov, Romănia
Traian Caldarar dipercayai telah meninggalkan rumah keluarga kerana keganasan rumah tangga. Ayahnya kerap memukul ibunya, Lina Caldarar sehingga ibunya, lari dari rumah.Lina Caldarar berusaha mendapatkan anaknya semula tetapi lelaki itu tidak mengizinkan, akhirnya kanak-kanak itu melarikan diri.
Walaupun ditemukan di usia 7, Traian Caldarar kelihatan seperti berumur 3 tahun, tidak boleh bercakap, tinggal dalam kotak kadbod dan menderita sakit rickets.Ketika dijumpai, kanak-kanak ini sedang makan bersama anjing.
Rochom P'ngieng
Tarikh ditemukan : 2007
Umur ketika ditemukan : 29
Tahun berada di hutan : 19
Haiwan : Tidak pasti
Lokasi : Kemboja
Ketika menggembalakan kerbau di sepanjang tepi hutan di Kamboja pada usia 8, Rochom P'ngieng menghilang secara misteri.Sembilan belas tahun kemudian, pada tahun 2007, seorang warga melihat seorang wanita berbogel menyelinap di sekitar halamannya mencuba untuk mencuri beras.Wanita itu dikenali oleh seorang polis yang merupakan ayahnya, Ksor Lu long sebagai Rochom P'ngieng yang telah lama hilang melalui bekas luka di punggungnya.
Gadis itu tidak dapat mempelajari bahasa lokal dan gagal untuk membiasakan diri dengan budaya lokal, akhirnya dia melarikan diri pada May 2010 dan belum ditemukan.Dia dipercayai melarikan diri ke hutan tempat dia hidup bersama haiwan liar selama ini.
Bird-Boy
Tarikh ditemukan : 2008
Umur ketika ditemukan : 7
Tahun berada di hutan : 7
Haiwan : Burung
Lokasi : Volgograd, Russia
Terkurung di sebuah ruangan yang dikelilingi oleh sangkar burung, seorang kanak-kanak Rusia dibesarkan seperti burung peliharaan oleh orang tuanya yang kasar.Ketika diselamatkan, kanak-kanak ini tidak dapat berkomunikasi dan hanya boleh berkicau serta mengepak tangannya umpama sayap burung.
Ibunya mempunyai burung domestik dan burung liar, tidak pernah memukul atau meninggalkan kanak-kanak ini kelaparan, walaupunbegitu, si ibu tidak pernah bercakap dengan kanak-kanak itu.Ibu kanak-kanak itu telah menandatangani surat perjanjian meletakkan hak penjagaan di bawah badan berwajib.
Tarikh ditemukan : 1991
Umur ketika ditemukan : 8
Tahun berada di hutan : 5
Haiwan : Anjing
Lokasi : Blagoveshchenka, Ukraine
Oxana Malaya diusir keluar dari rumahnya oleh ibu bapanya yang alkoholic pada usia 3 dan tinggal bersama kawanan anjing di sebuah taman.Oxana dijaga oleh anjing di taman itu sehingga Oxana dapat menggonggong, berjalan merangkak dan mencakar seperti anjing liar, menghidu pada makanannya sebelum dia makan,dan didapati deria pendengaran, bau dan penglihatannya amat tajam. Dia hanya tahu bagaimana untuk berkata "ya" dan "tidak" apabila dia diselamatkan.
Kini, Oxana tinggal di rumah untuk orang cacat mental, dan membantu menjaga lembu-lembu di ladang klinik.
source: smashinglists
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment