10 Mac 2012 - Anak-anak muda di Iraq dilempar batu hingga mati kerana mempunyai potongan rambut, memakai jeans Amerika dan memakai pakaian yang meniru gaya 'emo' popular di kalangan remaja barat.Sekurang-kurangnya 14 belia telah terbunuh dalam kejadian tiga minggu lalu di Baghdad dan dilihat sebagai satu kempen oleh militan Syiah.
Militan di kawasan kejiranan Syiah, menyatakan semalam bahawa lebih ramai belia yang disasarkan untuk dibunuh jika mereka tidak mengubah cara mereka berpakaian.Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, pemimpin tertinggi Syiah, Ayatollah Ali al-Sistani mengkritik tindakan merejam sampai mati tersebut dan menyifatkannya sebagai perbuatan ganas ke atas remaja.
Sementara itu, seorang ahli Parlimen, Saffiyah al-Suhail berkata, pada minggu lalu, beberapa pelajar telah ditahan kerana memakai seluar jean buatan Amerika dan meniru gaya potongan rambut seperti orang Barat.
artikel : dailymail
gambar : sheikyermami
Entri menarik yang lain
0 comments:
Post a Comment