-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Thursday, May 17, 2012

10 pekerjaan paling teruk dan menjijikkan

10. Monkeys Chaser at a Safari
Tugas Monkeys Chaser adalah untuk menghalang monyet daripada meninggalkan rizab melalui kereta (monyet suka memanjat atau naik atas kereta yang lalu berhampiran zoo Safari). Bayangkan mengejar monyet di bawah terik matahari selama lapan jam.


9. Roadkill Remover
Pengumpul mangsa jalanan bukan sahaja mengumpul dan mengalihkan bangkai haiwan untuk mengelak ia mereput di jalan raya tetapi harus berhadapan dengan trafik deras yang tidak terkawal.

Entri lain yang menarik



8. Cat Food Quality Controller
Jon Hanson, lelaki British mempunyai apa yang disifatkannya sebagai pekerjaan yang terburuk dalam hidupnya: kawalan kualiti ke atas makanan kucing. Tugas itu melibatkan beberapa ujian termasuk meletak muka dalam tab besar dan menghidu makanan kucing untuk memastikan ia segar. 


7. Flatus Odor Judge
- Mereka yang bekerja sebagai Flatus Odor Judge bertugas di makmal penyelidikan syarikat-syarikat ubat kumur, di mana nafas sukarelawan akan dihembus ke wajah mereka untuk mengenal pasti keberkesanan produk tertentu. Bukan itu sahaja, tugas mereka juga termasuk menghidu kentut sekurang-kurangnya 100 plastik yang mengandungi gas kentut ( gas kentut di ambil dengan cara meletakkan plastik ke dubur sukarelawan).


6. Portable Toilet Cleaner
Kerja ini adalah kombinasi pemungut sampah dan gastroenterologi, dan boleh dikatakan amat menjijikkan kerana pencuci mesti menyedut dan membersihkan semua sampah di dalam tandas mudah alih dengan menggunakan tangki dan tongkat vakum. Malah, pekerja tandas awam seperti ini juga harus menitik-beratkan kebersihan dinding dan lantai daripada kotoran yang melekat. Jumlah yang harus dibersihkan setiap hari ialah antara 10-60 buah tandas awam. Walaupun menjijikkan, pekerjaan sebegini boleh memberikan mereka sehingga $50,000 setahun.


5. Brazilian Mosquito Researcher
- Untuk memerangi malaria, para saintis perlu mengkaji tabiat menggigit nyamuk yang merebak. Oleh itu, tugas ini bukan mudah kerana mereka harus membiarkan diri mereka digigit nyamuk yang sudah pasti bukan satu perkara yang menyenangkan malah boleh terdedah pula dengan penyakit. Pada awal petang, apabila aktiviti nyamuk menjadi paling sibuk, maka para saintis ini akan duduk dalam satu tempat yang memudahkan kerjanya, iaitu ketika nyamuk mula menggigit, saintis berkenaan akan menangkap nyamuk menggunakan tiub khas. Penyelidik veteran Helge Zieler, melakukan tugas menggatalkan kulit itu dua kali seminggu, beliau boleh menangkap sebanyak 500 Anopheles dalam masa 3 jam.


4. Sewers Cleaner
- Ramesh Sahu bekerja di jabatan sanitasi di Calcutta iaitu tugas pembersihan saluran pembetung (najis dan pelbagai bahan buangan lain) di bandar ini. Ketika bertugas, Ramesh akan masuk sehingga kedalaman tujuh kaki menggunakan cangkul dan keluli dengan hanya berseluar dalam. Di umur 27, dengan seorang isteri, tiga anak perempuan dan pendapatan bulanan kira-kira AS $ 100, dia telah menjadi pekerja kumbahan untuk Lembaga Delhi Jal (Air) selama 10 tahun.


3. Animal Masturbator
Penyelidik mengambil sperma haiwan untuk mengkaji kesuburan atau tiruan inseminasi, mereka akan melakukan tugas-tugas merangsang pengeluaran sperma haiwan tertentu: Mereka boleh menggunakan cara elektrik (electroejaculation) ke rektum binatang, meletak vagina tiruan ke zakar haiwan, atau hanya melakukannya dengan cara manual atau rangsangan lama.


2. Guard at Buckingham Palace
Pengawal yang bertugas di Buckingham Palace dianggap sebagai salah satu pekerjaan yang paling teruk dalam Tentera British. Selain hakikat bahawa mereka perlu berdiri berjam-jam, tidak dibenarkan ketawa, mereka juga perlu menghabiskan beberapa jam setiap hari membersihkan pakaian seragam dan menggilap kasut mereka. Mana-mana askar yang kurang rapi mungkin menghadapi pelbagai hukuman, antaranya seperti duti pengawal tambahan.


1. Janitor at a Porno Theatre
Janitor adalah kerja yang cukup buruk. Tetapi, janitor teater porno adalah kerja yang paling teruk dalam senarai semua janitor. Tanggungjawab utama janitor teater porno adalah untuk mengambil mop dan kain buruk selepas pertunjukan lucah selesai setiap persembahan, tentunya untuk membersihkan cairan seks.

2 comments:

Tugas Janitor at a Porno Theatre memang geli sikit nak buat... :)

Err... Filem yang tengah di tayangkan kat dalam gambar memang tak masuk akal juga... :)

Entri Terkini :
Tips Lengkap Cara Belajar Vokal Dan Menyanyi Seperti Professional

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain