10. San Francisco:
- Kakitangan dan keselamatan lapangan terbang ini adalah sangat cekap. Sebagai kemudahan tambahan lapangan terbang menyediakan WiFi, makanan 24 jam, tempat penyimpanan bagasi, kids play area, tempat mandi dan bersihkan badan, urutan, computer workstations dan pameran seni / foto.
9. Zurich:
- Lapangan terbang yang memenangi anugerah Golden Pillow Award. Kakitangan di lapangan terbang ini amat membantu. Kemudahan yang ada di sini termasuk WiFi, taman, tempat penyimpanan bagasi, tempat mandi dan bersihkan badan, bicycle & roller blades rentals, gereja kecil dan bilik sembahyang.
8. Vancouver:
- Selain lengkap dengan kemudahan asas seperti yang terdapat di lapangan terbang lain, ia turut menyediakan kemudahan tambahan istimewa lain seperti WiFi, makanan 24 jam, penyimpan bagasi, spa, lounge, showers & kolam, Chapel dan paparan seni untuk penumpang.
7. Auckland:
- Terdapat 2 terminal untuk penumpang di lapangan terbang ini. Di tingkat atas terdapat sleeping facilities yang amat selesa untuk penumpang tidur atau berehat sementara menunggu masa penerbangan. Kemudahan lain ialah WiFi, makanan 24 jam, penyimpan bagasi, games arcade, rides untuk kanak-kanak, kiosk internet, showers, chapel dan sejadah.
6. Frankfurt:
- Ia terletak di Jerman. Kemudahan yang disediakan di sini ialah seperti WiFi, makanan 24 jam, taman, penyimpanan bagasi, pusat urut, spa, supermarket, kasino, teres untuk pelawat, lounge dan showers.
5. Munich:
- WiFi, makanan 24 jam, penyimpanan bagasi, showers, mini golf, kasino / permainan arcade, teres untuk pelawat, pusat urut, taman, Customs Office Tour dan banyak lagi kemudahan lain yang disediakan untuk penumpang di lapangan terbang ini.
4. Amsterdam:
- Lapangan terbang ini juga merupakan pemenang
Golden Pillow Award. Kemudahan: 24 jam makanan segar, Wifi, penyimpanan bagasi, stesen internet, teres pemerhatian, kemudahan kahwin di Schiphol, spa, gym, sauna dan kasino.
3. Hong Kong:
- Ia mempunyai padang golf 9 lubang, studio filem yang interaktif dan teater movie 3D, kemudahan terpantas WiFi, penyimpanan bagasi, showers, TV lounge, kawasan permainan kanak-kanak, ruang rehat, bilik sembahyang, ruang merokok, ekshibit sejarah & kebudayaan, bengkel kraftangan dan banyak lagi kemudahan untuk hiburan. Lapangan terbang ini turut memenangi Golden Pillow Award pada tahun 2009.
2. Seoul Incheon:
- Ia merupakan lapangan terbang utama Korea Selatan dan pernah memenangi Golden Pillow Award untuk pengaturan penumpang. Di lapangan terbang ini, anda boleh menjumpai makanan 24 jam, WiFi, kiosk internet, sauna, pancuran, pusat urutan, lounge, penjagaan bayi, kawasan bermain untuk kanak-kanak, Muzium Budaya Korea dan Galeri Kraf Tradisional sebagai kemudahan tambahan.
1. Singapore:
- Lapangan terbang Singapura telah memenangi anugerah Golden Pillow Award untuk kali 14. Di Lapangan Terbang ini anda boleh menjumpai banyak kemudahan tambahan seperti WiFi, cyber café, 24 jam kemudahan makanan segar, klinik, kolam renang, 24 jam kemudahan spa dan banyak lagi. Lapangan terbang ini juga sangat mengutamakan aspek keselamatan.
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment