-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Thursday, July 26, 2012

Artis Lelaki upload Gambar Terlampau ke Twitter


KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2012: Salam ramadan Murai Batu ucapkan kepada semua pembaca setia portal Murai. Puasa puasa juga, tapi jangan lupa dapatkan cerita baru dan panas di murai.com.my. Tetapi bulan puasa ni, kurang sedikitlah cerita kontroversi mengata orang, maklumlah nanti kurang pahala puasa pula Murai Batu.

Dalam pada Murai Batu mahu mengurangkan kontroversi dan meningkatkan prestasi puasa, ada pula seorang peminat kepada penyanyi lelaki yang dikhabarkan terkejut dengan tingkah laku yang dilakukan penyanyi kesayangannya itu.

Menurut peminat itu, penyanyi lelaki tersebut telah meletakkan gambar separa bogelnya di dalam laman Twitter miliknya. Apa lagi cepat-cepat Murai Batu buka dan terbeliak mata Murai Batu melihat gambar tersebut.

Memang foto tersebut seksi habis. Manakan tidak, hanya bercelana dalam yang ketat dan menyerlahkan bentuk badannya yang fit itu. Murai Batu pun telan air liur kala melihat foto tersebut. Tak dapat Murai Batu nak kongsi lagi kerana takut mengurangkan pahala puasa orang yang melihatnya.

Bila Murai Batu fikir balik, tidakkah penyanyi lelaki daripada rancangan realiti itu takut ia mencetuskan kontroversi apatah lagi diletakkan dalam laman Twitter peribadi, pasti ramai mata yang memerhatikan tingkah lakunya.

Atau mungkin niatnya hanya untuk berkongsi dengan peminatnya dan memberitahu aktiviti terkininya yang sering menghabiskan masa di gim seperti keterangan yang ditulis di foto tersebut.

Hmmm entahlah, nanti Murai Batu cuba dapatkan artis tersebut bagi menjelaskan tujuan sebenar dia berbuat demikian. Manalah tau ada artis atau peminat yang mahu mengikut jejak langkahnya membina badan setelah melihat fotonya itu. Ooops!

MURAIBATU: Harap-harap bulan puasa ni badan Murai Batu pun boleh jadi sekekar itu!

kredit: murai.com


0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain