Penganjur Olimpik London tersilap memaparkan bendera Korea Selatan pada skrin jumbo untuk Korea Utara sebelum perlawanan bola sepak wanita hari ini, menyebabkan Korea Utara merajuk dan enggan meneruskan permainan selama lebih daripada sejam. Perbalahan mengenai bendera bermula semasa pengenalan pemain apabila pemain Korea Utara diperkenalkan bersama-sama dengan paparan bendera Korea Selatan.
Perlawanan menentang Colombia itu telah ditangguhkan selama lebih daripada satu jam dan penganjur memohon maaf atas kesilapan itu.
Bendera Korea Utara dan Korea Selatan
"Hari ini menjelang perlawanan bola sepak wanita di Hampden Park, bendera Korea Selatan telah ditunjukkan pada skrin besar dan bukannya bendera Korea Utara. Jelas sekali bahawa itu adalah satu kesilapan,'' kata penganjur. "Kami memohon maaf kepada pasukan yang terlibat dan jawatankuasa Olimpik dan langkah berhati-hati akan diambil untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi.''
Perkara ini nampaknya tidak memberi kesan buruk pada pasukan Korea Utara apabila permainan akhirnya dapat dijalankan dan mereka mencatatkan kemenangan 2-0. Asiantown.net
Entri lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment