Gabriel Muniz, budak Brazil berusia 11 tahun ini dilahirkan tanpa tapak kaki. Namun dia memiliki bakat bermain bola yang hebat. Ini terbukti bila dia dijemput untuk bertemu idolanya iaitu Lionel Messi dan seterusnya menerima latihan di kelab bola terkenal Barcelona dalam kem latihan musim panas di akademi latihan kelab itu di Saquarema, Rio de Janeiro.
Walaupun mengalami masalah kecacatan, Muniz adalah salah satu pemain terbaik di sekolah dan kapten kelas gimnasiumnya. Dia boleh berlari dan bermain bola dengan baik seperti rakan sepasukannya yang bertubuh normal.
Entri Lain Yang Menarik
0 comments:
Post a Comment