photo: BNPS.CO.UK
Tumbuhan yang ditanam di dalam botol kaca tertutup masih berkembang dan terus segar walaupun tidak mempunyai air atau udara segar selama lebih daripada 40 tahun. Gardener David Latimer, 80, dari Cranleigh di Surrey, menanam taman dalam botol ini pada tahun 1960 dan akhirnya ia ditutup ketat 12 tahun kemudian.
Beliau baru-baru ini mengambil gambar taman botol berusia 53 tahun itu untuk Radio 4 Gardener's Question Time, di mana ahli-ahli panel pakar program tanaman mengangap ia sebagai contoh yang menakjubkan tumbuhan mengitar semula sisa mereka. Taman Botol bekerja kerana ruang tertutup telah mewujudkan ekosistem sepenuhnya yang berdikari antara tumbuhan dan bakteria dalam tanah yang saling bekerja bersama-sama.
Satu-satunya perkara di luar botol yang diperlukan oleh tumbuhan itu untuk kekal hidup adalah cahaya, kerana cahaya menyediakan tumbuhan ini dengan tenaga yang diperlukan untuk mencipta makanan sendiri dan terus berkembang.
source: asiantown.net
Entri Lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment