-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Monday, March 4, 2013

DR Rozmey sumbang Duit pada waris polis yang Terkorban di Lahad Datu


ALOR SETAR — Sebuah syarikat produk kesihatan menyumbang RM150,000 kepada keluarga dua anggota polis yang terkorban dan tiga anggota yang cedera ketika mempertahankan negara daripada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah.


Sumbangan daripada dR Rozmey Group (dRG) Sdn. Bhd., itu diserahkan oleh presidennya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din kepada Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.
Dr. Che Rozmey berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM15,000 disumbangkan kepada keluarga allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat dan allahyarham Sarjan Sabarudin Daud yang terkorban dan RM5,000 masing-masing kepada setiap anggota yang cedera.
Beliau berkata, syarikatnya turut memperuntukkan RM75,000 untuk insurans pendidikan dan pembiayaan bulanan sebanyak RM200 kepada dua orang anak allahyarham Zulkifli (berusia lima tahun dan setahun) sehingga mereka berumur 18 tahun.
"Pihak kami juga akan mengambil kedua-dua anak allahyarham Zulkifli sebagai anak angkat agar masa depan mereka lebih terjamin,” katanya.
Dr. Che Rozmey berkata, pihaknya turut menaja pakej menunai umrah sebanyak RM15,000 kepada balu kedua-dua mangsa serta kos upah haji RM2,000 kepada allahyarham Sabarudin.
"Sumbangan itu tiada nilai jika hendak dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara yang bertarung nyawa mempertahankan kedaulatan negara khususnya kepada kedua-dua wira negara yang terkorban,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan menyalurkan sumbangan kepada enam lagi keluarga anggota polis yang terkorban dalam kejadian di Semporna.
Mereka yang terkorban ialah Supritendan Ibrahim Lebar dari Bukit Aman, Asisten Supritendan Michael Padel dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sarjan Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Koperal Salam Tongiran (IPD Tawau) dan Lans Koperal Mohd. Azrol Tukiran (PGA Tawau). — BERNAMA
Artikel Penuh: kosmo.com.my

Entri Lain yang Menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain