Berita Harian hari ini menyatakan bahawa Adi Putra membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur mendakwa diugut oleh lelaki yang mengaku suami kepada peminat wanitanya. Entri sebelum ini menyebut Adi Putera kantoi berskandal dengan isteri orang? dan kini sedang disiasat oleh pihak polis.
Adi Putra mendakwa telah menerima panggilan dari lelaki itu pada 7 Ogos lalu dan diugut akan menghancurkan kerjayanya sebagai pelakon, selain mahu memastikan Adi Putra dihalau keluar dari Malaysia. Berikut merupakan laporan polis (source: rotikaya.com) yang dikatakan dibuat oleh Adi Putra kerana bimbang akan keselamatan diri dan juga keluarganya.
Entri lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment