-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Friday, July 20, 2012

Cik Cur dari China Laris di Nigeria

Remaja-remaja perempuan dari China mendapat permintaan besar sebagai pelacur di Nigeria. Ironinya, ketika produk buatan China adalah yang paling murah di pasaran Nigeria, pelacur China pula menyediakan perkhidmatan kepada golongan kaya dan terkenal.


Laman Sun telah mendedahkan bahawa terdapat pasangan Cina yang menjadi dalang di sebalik kegiatan seks dari bangunan dupleks berkembar dan dua lagi rumah pangsa pangsapuri di Lagos. Sekurang-kurangnya 40 gadis Cina diletakkan di 2 pangsapuri ini, di mana pelanggan tetap mereka terdiri daripada pegawai kerajaan tertinggi, eksekutif perniagaan dan ekspatriat yang sanggup membayar antara $ 1, 000 untuk sekali seks atau $ 2, 500 untuk tempoh masa yang panjang.



Minggu pemantauan dan penyiasatan sindiket itu juga mendedahkan bahawa kira-kira 15 gadis dari rumah pangsa ini biasanya dipindahkan dari lokasi itu pada jam 6 petang setiap hari untuk menyertai pelacur lain yang berada di dupleks berkembar di jalan yang sama, kerana di situlah pelanggan besar sama ada datang sendiri atau menghantar pemandu mereka untuk mengambil pelacur yang telah di'order'. Sumber dalam sindiket itu memberitahu bahawa pelacur-pelacur ini direkrut melalui rakan pasangan ini di China dengan menjanjikan pekerjaan di kilang firma milik orang Cina di Nigeria dan semua perbelanjaan cuti ditanggung. Selepas itu, dokumen palsu disediakan untuk gadis-gadis ini dan visa jangka pendek diberikan kepada mereka.


Entri lain yang Menarik


0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain