-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Saturday, September 15, 2012

'Ha Ha I just infected you with HIV' kata lelaki kejam kepada mangsanya


Philadelphia - Seorang lelaki kejam mengejek wanita yang telah dia rogol dengan kejam bahawa dia baru sahaja memberi wanita malang itu virus HIV ''Ha, Ha, I just infected you with HIV''


Polis Philadelphia kini mencari suspek yang dikatakan menyerang mangsa dari belakang, menolak dia ke dalam lorong, memukulnya hingga tidak sedarkan diri dan kemudian berulang kali merogolnya di timur laut Philly sejurus selepas tengah malam waktu kejadian.

Dia di bawa ke hospital beberapa jam selepas itu apabila dia dilihat berlumuran darah oleh orang yang tinggal di kawasan berdekatan lokasi kejadian. Dia dimasukkan ke hospital selama beberapa hari dan telah diuji untuk HIV tetapi keputusan belum dikeluarkan. 

Kakak mangsa memberitahu stesen berita tempatan bahawa penyerang itu memberitahu kakaknya yang dia telah dijangkiti dengan HIV. Polis kini beralih kepada orang ramai untuk membantu mencari suspek yang digambarkan sebagai seorang yang kurus, hitam berusia 20-an dengan ketinggian kira-kira 5 kaki 9 inci.

Rakaman kamera pengawasan di lokasi kejadian yang menunjukkan suspek berjalan di sebatang jalan dan menghampiri mangsa telah dikeluarkan di YouTube pada hari Selasa lalu. Ganjaran $ 10,000 ditawarkan pihak polis dalam usaha menangkap lelaki itu.

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain